BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, October 2, 2009

~A.D.A.M. 1~

"Huh, nak beli jiwa la tuh. Aku tak maafkan gak pasal peristiwa hari tuh walaupun bukan salah ko wahai En.Adam!!",jeritku dalam hati. Namun ada senyuman yang terukir dibibir tanpaku sedari..=)


................................................................................................................................................................................

Aku berjalan pulang ke hostel dengan segera, tidak sabar rasanya untuk bertemu bantal dan katilku yang tersayang sebelum pergi kelas prep petang. Sebaik sampai di muka pintu, seseorang menegurku. " Hai seronok nampak! Best eh ada orang ambil berat, siap suruh dia bawakkan kerusi ko plak",sinis Jaja. "Hah, aku suruh sape bawakkan kerusi?", balasku acuh tak acuh."Ala, buat-buat tak tau plak", balasnya geram."Eee, sengal betul minah ni. Mengganggu waktu tidur aku jer, dahla 30 minit je ni boleh tido. Aku siap tak pergi lunch lagi semata-mata nak tido, minah senget ni mengacau plak", kataku dalam hati sambil tersenyum padanya. " Em, okla Jaja, nak tido dulu", balasku pendek sambil tanganku pantas mengunci pintu bilik. Wah, bestnya dapat baring2.Lalala.."Rissa nanti dulu! Aku tak habis cakap lagi ni. Ko jangan nak kacau Adam. Dia tu ex-boyfriend aku tau.",jerit Jaja dari luar.Zzzzzz..

Kringgg..Alarm jam aku berbunyi.Aku mencelikkan mataku sebelah. Jam menunjukkan pukul 2ptg.Aku lihat rakan-rakan sebilikku, Wan, Zana dan Iza masih tido lagi.hehe.Tido lagi la..Tak lama lepas tu, kedengaran bunyi bising-bising kat blok asramaku. "Oit, siapa yang tak tutup kipas ni. Keluar sekarang! Siap boleh tido lagi, ponteng kelas prep ye," jerit pekik Cik Julia dah kedengaran. Aku dan ketiga-tiga rakan sebilikku bangun, berdiri tegak tanpa sebarang suara. Ku lihat jam locengku. Adeih, dah pukul 3 lebih, abes2 camni. Iza cepat2 mematikan kipas, Zana mengunci pintu, Wan dan aku berselindung di sebalik almari. Masing-masing macam sudah berpakat dan tahu tugas masing-masing. 1minit, 2 minit, 3 minit...10 minit. Huh, keadaan sudah terkawal. Kami keluar dari tempat persembunyian. Barangkali Cik Julia telah pergi, fikir kami. Kami cepat2 menukar pakaian, mengambil buku yang tercapai dan bergegas keluar. Fuh, nasib baik Cik Julia dah pergi. Cuak gak kitorang. Baru je kakiku nak melangkah keluar pintu asrama, suatu suara menyergahku dan kwn2 sebilikku. "Nah, tulis nama. Lambat pergi kelas prep", Aina si MPP yang comel menyergah. "Cis, ade gak budak comel ni. Ingat takde dah", Iza bertutur dalam nada tidak puas hati sambil menyepak2 jalan tar yang semestinya utuh. Haha, aku nak tergelak. Sakit gak kaki dia nanti.Nasib baik senyuman budak ni cute miut.huhu. Aku terlebih dahulu pergi ke musolla untuk menunaikan kewajipan pada Pnciptaku.

Aku berjalan sambil memerhati ke arah kelasku.Triiit, mataku terhenti pada tingkap kelasku. Ada mata memerhati.ADAM..1 saat, 2 saat, 3 saat..Tiba-tiba hatiku berdebar-debar. Apakah yang telah terjadi? "Oit, jalan la!", Zana menyergahku. Huhu, lupa plak ada Zana kat sebelahku. Dia bebel apa tah tadi, aku tak dengar pun. Kesian dia membebel sorang2. Aku memandang Zana sambil tersengih." Ape kena dengan ko ni Rissa?Buang tebiat ke ape!Dah jom g solat", marah Zana. Usai solat zohor, kami pergi kelas prep. Kulihat semua rakan2ku tekun menyiapkan latihan Add Math yang diberikan oleh Puan Wati. Aku pun segera mengambil tempat dudukku. Kerusi dan mejaku tersusun kemas. Aku tersenyum dan memandang Adam yang duduk setentang dengan mejaku yakni di meja guru. Dia mengangkat muka dan tersenyum. "Aih, kenapa hatiku ni berdebar-debar lagi tengok dia", aku berdialog dalam hati. Aku menarik muka masam, ketat. Permusuhan yang belum selesai. Tetiba dia ketawa dengan lantang, aku cepat2 membuka buku Add Mathku. Semua mata memerhatinya. Confius.. Ada yang menggeleng2kan kepala. Barangkali mereka fikir, "kesian budak ni sengal sebab kena jawab soalan Add Math yang bertimbun tuh"."Wayar tercabut agaknya", akal nakalku mengarang berbagai andaian.

"hahahahaaha", tetiba ketawaku meletus pula. Semua mata memandangku. Selepas tu, mereka menggeleng2kan kepala. Barangkali andaian tadi terkena pada aku pula..Uwaa, malunya.

0 comments: