BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, October 5, 2009

~A.D.A.M 2~

"hahahahaha", tetibe ketawaku meletus pula. Semua mata memandangku. Selepas itu, mereka menggeleng2kan kepala. Barangkali andaian tadi terkena padaku pula...Uwaa,malunya.
............................................................................................................................................................................

Mukaku merona merah. Dia hanya tersenyum memandangku sedangkan aku sudah tunduk memandang meja. "Aish, kenapalah lain pula yang terjadi. Em, buat tak tahu jela, dah malu sekali lagi depan "mamat" ni. Rasa nak menyorok dalam meja je.huhu", detik hatiku lagi. Aku terus membuka buku dan tekun membuat kerja yang masih belum selesai. Sesekali aku bersuara dan menanya beberapa soalan yang agak payah pada "Mentor Addmath" @ Ilah. Amat jarang sekali Si Ilah ni tidak dapat menyelesaikan soalan AddMath ni, memang otak geliga la katakan.

Rutin harianku di sekolah asrama tersebut tidak banyak berbeza. Hari-hari melakukan perkara yang sama tetapi apa yang pasti aku lebih tenang di sini. Selepas solat subuh berjemaah di musolla, kami akan membaca Al-Quran, kemudian bersiap ke kelas. Setiap pagi ada "morning call" dan tazkirah pendek di sampaikan mengikut giliran. Mengikuti kelas dari pagi hingga tengahari, ada kelas prep pada petang dan malam. Di sekolah asrama yang terletak di pekan kecil inilah tempat aku mula muhasabah diri, mengenali erti islam yang sebenar, dan mengetahui apa itu erti kawan, cinta dan lawan. Aku sangat suka mendengar Adam memberikan ceramah agama serta nasihat lebih2 lagi tentang aurat dan wanita. Berkali-kali dia berpesan supaya menjaga aurat kepada rakan-rakan sekelasku. Pernah suatu hari dia menegur kami supaya memakai sarung kaki. "Em, manis korang semua berbaju kurung, bertudung pun mengikut syariat. Tapi kalau boleh korang pakai la sarung kaki juga. Kaki korang tu aurat juga, harus di jaga. Saya cuma menasihati, selebihnya terpulang la. Jangan berubah semata-mata sebab saya yang cakap tapi berubahlah kerana takut akan azab dariNya, "tegur dia sambil tersenyum ikhlas sewaktu kami bersantai-santai sebelum pulang ke hostel. Aku hanya tersenyum mendengar kata dia.


"Permusuhan" kami makin lama makin baik. Mungkin disebabkan perwatakan dia yang mesra, aku menjadi lupa akan "permusuhan" itu dan aku menyenangi sikapnya. Kami juga sering belajar bersama-sama sebelum menghadapi peperiksaan terutama bagi subjek kritikal seperti Biologi. "Rissa, boleh terangkan tak perbezaan proses meiosis dan mitosis ni? Kami tak berapa nak fahamla.",ujar Faez sambil tersengih. "Ha, saje la tu! Dah tau kan aku tak suka subjek ni. Jangan tanya aku. Suruh Iza yang terangkan", aku membalas sambil menuding jari ke arah Iza. "Abes tu, awak nak terang part mana? Mana boleh dengar je, mesti amik 1 part sorang. Ha, awak terang proses kitar haid, boleh?", ujar Adam serius. Gulp, tertelan asam masin yang aku hisap tadi. "Iza, air2 cepat!", kalut aku membuka penutup air lantas meneguk segera mungkin. Nasib baik la biji asam tu tak besar sangat, kalau tak hospital dah aku. Muka Adam yang hendak ketawa berubah pucat melihat aku menahan kesakitan. "Yang ko suruh Rissa terangkan part tu kenapa! Ko kan dah tahu Rissa ni pemalu. Part tu baca sendiri la.", marah Iza sambil mengurut belakang badanku. Hehe, sayang juga Iza kat aku. Adam dan Faez ternganga dimarahi Iza. Boleh tahan juga Iza ni bila marah. Takde orang berani buka mulut.



"Rissa, maafkan Adam ye. Adam nak main-main je tadi, suka tengok Rissa malu-malu. Lepas ni Adam janji tak usik Rissa dah. Ok?", Adam bersungguh-sungguh memohon maaf setelah tamat perbincangan kami. Aku tidak menghiraukan kata-katanya dan segera mengemas buku. Faez dan Iza awal-awal sudah pergi ke Dewan Selera, seolah-olah memberi ruang untuk Adam meminta maaf. Aku berjalan keluar kelas, tapi tiba-tiba Adam menghalangku dengan tangannya. "Rissa, please listen to me. Janganlah buat Adam macam ni, Adam tau Adam salah. Rissa maafkanla Adam. Lagipun tak lama lagi kita nak exam SPM kan. Adam tak mahu la Rissa bencikan Adam macam dulu, tak best la. Asyik kena jeling je dulu, berapa kali Adam kutip jantung Adam tau! Setiap kali Rissa jeling, gugur jantung Adam.Bla bla bla... ", ujar Adam panjang lebar. "Hahaha", aku tidak dapat menahan tawaku lagi. Adam tercengang-cengang.

"Aik, kenapa pulak ni? Takkan sebab tertelan biji asam, Rissa jadi macam ni. Rissa, maafkan aku.", desis hati Adam."Rissa tak marah Adam la. Adam tak salah pape pun kat Rissa. Tapi tangan Adam ni, janganlah hadang macam ni. Nanti orang tengok, tak manis dipandang. Semua orang pandang hormat kat Adam sebab agama yang ada kat Adam", ujarku pula. "Aish, tak perasan pulak, maaf ye. Rissa tak marah Adam dah kan?", sambung Adam lagi. "Tak marah dah tapi Adam kena janji. Lepas ni Adam jangan usik Rissa macam tu tau", kataku sambil tersenyum manis. Adam mengerdipkan matanya tanda setuju. "Ok, baik. Friend forever k!", kata Adam sambil tersenyum riang.

Tanpa aku sedari, ada seseorang menyaksikan drama kerajaan itu sambil menghentakkan kaki tanda tidak puas hati.

0 comments: