BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, October 10, 2009

~A.D.A.M 3~


"Tak marah dah tapi Adam kena janji. Lepas ni Adam jangan usik Rissa macam tu tau,"kataku sambil tersenyum manis. Adam mengerdipkan matanya tanda setuju. "Ok, baik. Friend forever k!", kata Adam sambil tersenyum riang.

Tanpa aku sedari, ada seorang menyaksikan drama kerajaan itu sambil menghentakkan kaki tanda tidak puas hati.

...............................................................................................................................................................................

Jaja kembali ke hostel dengan rasa geram, marah dan cemburu. Dia cemburu melihat keakraban Adam dan Rissa. Walaupun dia yang bertindak memutuskan hubungannya dengan Adam tetapi dia tidak dapat terima Adam telah melupakannya. Setiap kali bertemu, Adam langsung tidak menegurnya. Jaja menjadi semakin marah apabila teman lelakinya kini bermain kayu tiga dengannya. Dan Rissa pula tidak mengendahkan amarannya dulu. Jaja mencari idea untuk mengenakan Rissa. Sambil dia berfikir, teman sebiliknya menegurnya. "Ja, ko kenapa? Macam tak puas hati dengan seseorang je?", tanya Sofia. "Ha, memang pun. Aku tengah cari idea macam mana nak pisahkan diorang ni", balas Jaja bersungguh-sungguh. "Diorang tu siapa?", tanya sofia kembali."Ha, rasanya aku tau. Ni mesti Adam dengan Rissa kan?", teka Sofia. "Yela, siapa lagi kalau bukan minah pemalu tu. Namanya pemalu tapi ada hati nak rampas Adam dari Aku", marah Jaja.

"Eh Jaja, ko sekarang kan couple dengan Haikal. Dulu ko jugak yang putuskan hubungan ko dengan Adam. Rissa tu berkawan je dengan Adam. Ko patut terima kasih dengan Rissa sebab lepas ko tinggalkan Adam dan kawan dengan Haikal, Rissa tu la yang bantu Adam yang tak terurus tu. Dia dah berjaya buat Adam tersenyum kembali. Aku sendiri kasihan melihat Adam.", jelas Sofia panjang lebar.

"Weh Sofia, ko ni kawan Rissa ke kawan aku? Yang ko menangkan Rissa tu kenapa?", bidas Jaja tidak puas hati. " Yela Sofia, kita kan kawan Jaja. Rissa tu memang sengaja nak sakitkan hati Jaja", sampuk Yati teman sekelas Jaja.

"Hurm, betul,betul,betul", sambung Jaja. "Sekarang kita fikirkan macam mana nak bagi Adam benci Rissa,ok?", kata Yati. "Aku tak nak masuk campur k, sekarang ni pun dosa dah banyak, nak tambah lagi. Tak mahu aku!", sinis sofia dan berlalu keluar dari bilik.

Jaja dan Yati tersenyum jahat apabila mereka mendapat akal supaya Adam tidak rapat dengan Rissa.

..........................................................................................................................................................................

Aku berasa sungguh gembira hari ini. Terima kasih sahabat kerana diriku penting juga buat kamu. Yeah, we'll be friend till the end. Janjiku pada diri. Aku menjadi seorang yang tekun belajar, bersemangat dan sentiasa gembira sejak berkawan dengan Adam. Dia berjaya mengikis rasa rendah diriku sebagai anak kampung dan membuatkan aku menjadi diriku yang sebenar. Teman sebilikku Iza sering mengusikku dengan Adam.

"Rissa, ko sebenarnya suka pada Adam lebih dari kawan biasa kan?", tanya Iza. "Eh takde la Iza, aku anggap dia kawan biasa jela", terkejut aku dengan soalannya. Hatiku tiba-tiba berdebar. Aish, kenapa tetiba rasa berdebar ni. "Hahaha, muka ko dah colour pink.", ketawa Iza terkekeh-kekeh. Tetiba 1 sms kuterima.

" Rissa, saya minta maaf. Selepas ini, saya mahu kita tidak terlalu rapat seperti dulu. Biarlah kita menjadi kawan biasa seperti mereka yang lain. Saya harap awak boleh terima dan faham."-Adam-.Message tu kubaca berulang kali. Hatiku tertanya-tanya apa sebenarnya sudah terjadi. Soalan Iza kubiarkan sepi. Aku cuma memberitahu Iza, aku penat dan ingin tidur.

Keesokannya, aku terserempak dengan Adam semasa di perpustakaan. Dia sedang membaca surat khabar di ruangan santai. Aku menegurnya tetapi dia tidak menghiraukan aku. Aku berlalu pergi bersama hati yang sedih. Hubungan persahabatan kami semakin renggang. Aku tidak tahu apa salahku. "Argh, lupakan dia Rissa. Utamakan pelajaran kamu dulu. Tak lama dah SPM."hatiku berbicara.

Dan semakin lama, kami langsung tidak bercakap apabila berjumpa. Iza dan Faez pun terkilan dan berusaha memujuk Adam supaya persahabatan kami pulih seperti dulu tapi usaha mereka sia-sia belaka. Hati Adam seolah-olah langsung tidak terusik dengan pujukan mereka. Dan dia kembali rapat dengan Jaja. Mereka seolah-olah berusaha membuat hatiku sakit. "Adam, apa salah Rissa. Kenapa menghukum Rissa tanpa menyatakan apa kesalahan Rissa pada Adam", aku menangis setiap kali Jaja menyakiti hatiku. Akhirnya aku akur, dia bukan Adam yang aku sanjungi selama ini. Sehingga la tamat Form 5 dan sesuatu berlaku ke atas diriku. Ujian dari Allah.

"Iza, jangan lupa janji kita. Iza jangan beritahu Adam apa-apa tau. Janji tau",kataku sambil jari kelingking kami bertaut. Aku dan Iza menangis sambil berpelukan. " Rissa, Iza minta maaf kalau ada buat salah dengan Rissa. Rissa makan ubat dan ikut nasihat doktor ye. I'Allah, penyakit Rissa akan sembuh",kata Iza padaku. Aku mengangguk-angguk kepala. Mudah-mudahan penyakitku ini sembuh.

"Cik Rissa, saya minta maaf. Saya harap Cik Rissa tabah. Cik Rissa, penyakit leukimia cik meyerang semula. Tapi ia masih diperingkat awal. Simptom-simptom yang cik alami sama seperti cik diserang leukimia sewaktu kecil dulu kan?,"Doktor Nik Khairuddin menyoalku. Aku hanya mengiakan saja. "Tapi agak membimbangkan saya kerana ia adalah kali kedua. Kalau usia cik masih muda, ia mudah untuk diubati. Walau bagaimanapun, saya akan cuba sedaya upaya. Cik Rissa, saya harap cik banyak berehat dan patuhi arahan saya ya", terang Dr muda itu lagi. Aku hanya mengangguk-angguk kepala. Patutla aku sering rasa letih dan sakit kepala serta sering pengsan. Aku ingatkan sebab tertekan dengan sikap Adam dan SPM. Sebelum keluar, aku menyuruh Dr. merahsiakan penyakitku dari ibu bapaku. Aku rasa tidak tergamak memberitahu mereka kerana sewaktu kecil dulu aku terlalu banyak membebankan mereka. Abang2ku selalu tidak puas hati bila mak lebih manjakan diriku berbanding mereka sementelah aku merupakan anak bongsu. Hanya Iza teman baikku, aku ceritakan.

Aku kembali ke sekolah yang menyimpan pelbagai memori untuk mengambil keputusan SPM. Telah kujangkakan keputusanku mesti tidak sebagus Iza, Adam dan Faez.

" Rissa!", Iza menjerit dari jauh. Kami berpelukan seketika, melepaskan rindu. Lama rasa tak berjumpa setelah bercuti dan tamat Form 5. "Macam mana result? ok x?", tanya Iza. "Erm, tak sebagus ko la Iza.",jawabku lemah. "Takpela Rissa. At least ko dah buat yang terbaik. Lagipun ko ada masalah masa tu, aku faham." pujuk Iza. "Tahniah Iza! Dan Terima kasih..jadi sahabatku yang baik", sayu aku berkata. "Em, ada jumpa Adam tak tadi? Dia ada tanyakan Rissa tadi. Adam dapat 8A1 2B3.", Iza terhenti bercakap apabila perasan wajahku berubah. "Maaf Rissa, Iza tak patut cakap pasal Adam depan Rissa.", tambah Iza. "Iza, Rissa dah boleh terima hakikat la. Lagipun kita pernah berkawan dengan dia. Rissa tak mahu sebab Rissa, Iza bermusuhan dengan Adam. Rissa tetap sayang Adam macam Rissa sayang Iza dan Faez.", balasku.


"Terima kasih Rissa!", satu suara dari belakangku menegur. Aku menoleh kebelakang dan cuppp..Spontan aku rasa arus elektik mengalir. AstaghfiruAllah..Iza dan Faez dua-dua menutup mulut. Tersedar aku segera beredar dan berdiri di sebelah Iza sambil menunduk. "Adam, ape ni? Kata tadi nak minta maaf dengan Rissa.", marah Faez. Aku menahan marah, Adam ni nak malukan aku lagi ke?"Rissa, Adam minta maaf. Rissa tiba-tiba pusing belakang. Adam tak sempat nak elak", Adam menjelas perkara yang kami tontoni sebentar tadi. "Adam, ko bercakap la dengan Rissa. Jelaskan kat dia ape yang terjadi dulu. Lepas ni mungkin kita semua tak jumpa dah", Iza cuba memulihkan keadaan dan mengajak Faez beredar.


"Rissa, Adam nak minta maaf pasal peristiwa hari tu. Adam tak sepatutnya buat Rissa macam tu tapi Adam sendiri keliru ape sebenarnya dah berlaku. Adam tahu Rissa banyak menangis sebab Adam. Adam memang sengaja buat Rissa cemburu dan Adam sengaja jauhkan diri dari Rissa. Faez marah Adam sebab buat Rissa macam tu. Terus terang Adam katakan Adam sayang Rissa lebih dari kawan biasa. Tapi, Adam takut Rissa tak dapat terima Adam lebih dari tu dan Adam bimbang Rissa akan buat Adam sepertimana Jaja lakukan dulu. Adam tak mahu pisang berbuah dua kali. Jaja selalu ugut Adam untuk beritahu Rissa tentang perasaan Adam. Adam tahu Rissa mesti tak suka bercakap tentang hati dan perasaan ni. Tapi bila Iza selalu cerita kat Faez yang Rissa betul-betul sayang Adam. Barulah Adam yakin dengan cinta Rissa. Adam nak bagi tahu Rissa tapi keadaan tak mengizinkan. Adam harap Rissa dapat maafkan Adam", jelas Adam panjang lebar. Aku berdiam memeluk diri. "Adam tengah bercakap dengan aku ke ni?",soal hatiku.

"Rissa, Rissa!", panggil Adam. "Em, Rissa dengar Adam. Cuma macam tak percaya je Adam tengah cakap dengan Rissa", balasku sayu. "Rissa, Adam minta maaf. Rissa sayang Adam juga kan?", usik Adam pula."Mana ada. Rissa tak kisah la Adam ada atau tak. Rissa dah boleh terima hakikat. Rissa sekarang bukan Rissa yang dulu lagi tau. Rissa dah tabah tau.", balasku megah. "Eleh, yela tuh. Tadi Adam dengar Rissa cakap Rissa sayang Adam.",giat Adam lagi sambil tersenyum manis.

"Err, mane ade. Adam salah dengar agaknya", balasku gagap. "Erm, pasni ape plan Adam?Nak sambung blaja kat mane?", aku cuba ubah topik. "Rissa, jangan la nak ubah topik. Adam serius nak tahu perasaan Rissa yang sebenar,"tegas Adam. Aku tertunduk. Berfikir.

"Betul Adam. Rissa sayang Adam macam kawan biasa je.", aku berkata tegas. Aku tidak boleh memberinya harapan, sehingga aku pasti dengan rasa hatiku. Lagipun kalau dia tahu sakitku ini, mesti dia sedih. Maaf Adam, aku terpaksa berbohong.

"Hurm, kalau macam tu kata Rissa, Adam tak boleh buat ape-ape. Tapi Adam nak Rissa tahu Adam sentiasa sayang Rissa. Adam tahu masih jauh perjalanan hidup kita tapi Rissa tetap dihati Adam. Kalau ada jodoh kita, I'Allah kita akan bertemu lagi. Adam akan sambung blaja di Jepun nanti. Adam dah dapat tawaran kat sana, Mechanical Engineering", Adam berkata sayu.

"Tahniah Adam!Jaga diri elok2 di sana. "balasku sedih."I'Allah Adam, Rissa akan jaga diri. Dan jaga cinta Rissa ni, hanya untuk Adam!,"tekadku dalam hati. Ya Allah, kau sembuhlah sakitku ini dan seandainya Adam jodohku Kau pertemukan kami semula sebagai suami isteri yang sah. Doaku. "Rissa, ni saja yang Adam mampu bagi pada Rissa.", Adam menghulurkan suatu bungkusan kecil padaku.

Selepas dia beredar aku membuka bungkusan itu. Sebuah mini Al-Quran dan sekeping kad ucapan. Kubaca kadnya itu.

Salam sayang buat sahabatku Rissa,


Rissa,
Adam minta maaf pasal peristiwa dulu.
Kali pertama Adam berjumpa Rissa, Rissa telah pun mula membenci Adam. Adam ingat lagi sewaktu di perhentian bas tu. Rissa yang tersalah pegang tangan Adam, tapi Adam juga dipersalahkan. Rissa nak tarik tangan Wan sebab keadaan masa tu sesak tapi tertarik tangan Adam.
Kalau Rissa nak tahu, masa tu bukan sahaja Rissa tarik tangan Adam tapi hati Adam juga Rissa tarik. Merah muka Rissa bila tersalah tarik tangan tu kan. Adam bukan sengaje gelakkan Rissa tapi muka blur Rissa tu lucu sangat. hahaha. Adam selalu buat Rissa rasa tak puas hati sebab nak tengok muncung mulut Rissa tu. Comel je muncung mulut Rissa tu.

Rissa,
Adam sendiri tak sedar bila perasaan sayang tu wujud. Adam cuba abaikan tapi makin Adam hindar makin kuat perasaan tu. Adam tahu Rissa tak suka bila cakap pasal hati ni. Adam tak tahu sebab Rissa. Kadang2 Adam rasa Rissa pun mengalami perasaan yang sama. Tapi Adam tak pasti. Sikap Rissa kadang2 sukar untuk Adam baca. Anyway, Adam happy kawan dengan Rissa. Adam tetap sayang Rissa. Adam hadiahkan Al-Quran tu sebagai peneman Rissa. Bacala ia di waktu Rissa gembira dan sedih.

Akhir kata, jaga diri dan hiasi peribadi. Jaga aurat dan solat ye Rissa. Semoga suatu hari nanti kita akan berjumpa lagi. Adam tak mahu Rissa tunggu Adam sebagai Adam tapi as ur future husband..hehe.Ha, dah merah muka tu.haha. Rissa, Rissa..
Berat hati nak tinggalkan Rissa. Macam ada something je yang tak kena.Huh, jangan lupa pesan Adam tau.Ok la, nanti jangan lupa kirim email. Adam sayang Rissa.



Ikhlas dari,
-Adam Rissa-


Aku memasukkn semula kad tadi di dalam sampul. Kata2 Adam mengundang air mataku mengalir. Argh, aku harus tabah. Saya sayang awak juga Adam,bisikku perlahan.


..........................................................................................................................................................................

"Rissa, awak ok x?", Lia menegurku. "Ha, saya ok je.Kenape?",tanyaku kembali. "Erm, puas saya panggil. Telefon awak tu dah banyak kali berbunyi. Awak teringat kisah dulu ye?",tanya Lia. Aku menggeleng2kan kepala. Kisah 6 tahun lalu..















0 comments: