BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, October 11, 2009

~A.D.A.M 4~

::Mr. Ben::


"Rissa, awak ok x?", Lia menegurku. "Ha, saya ok je. Kenape?", tanyaku kembali. "Erm, puas saya panggil. Telefon awak tu dah banyak kali berbunyi. Awak teringat kisah dulu ye?", soal Lia. Aku menggeleng2kan kepala. Kisah 6 tahun lalu..


..............................................................................................................................................................................



Aku menangis dalam pelukan Lia. "Sabarlah Rissa, mungkin ada jodoh yang lebih baik dari Allah untuk awak. Syam tu pun banyak dah berubah sebab sayangkan awak. Saya sendiri boleh nampak perubahan diri dia. Dia ikhlas sayang awak, Rissa. Cubalah buka pintu hati awak untuk insan lain.", nasihat Lia. Aku tak mampu untuk lakukan semua itu. Lia adalah temanku yang paling rapat sejak aku menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia ni. Sudah hampir 4 tahun kami bersama-sama mengharungi segala pahit dan manis kehidupan. Lia seorang gadis yang tabah, lembut dan memahami diriku. Segala rahsia dan masalah kami kongsi bersama sementelah keluarga kami jauh dari kampus ini. Kami bersama-sama menyambung master dalam bidang yang sama. Aku bersyukur sangat kerana dikurniakan insan-insan yang menyayangi diriku. Teman-teman yang lain kebanyakannya telah mendapat kerja dan mempunyai kehidupan sendiri.


Aku sering berutus email dengan Iza dan Faez tapi Adam, ke manakah dia menghilang? Aku selalu mengadu rindukan Adam pada Iza dan Iza memahami perasaanku. Iza dan Faez juga mendapat tawaran belajar di luar negara, universiti yang sama. Hanya aku di Malaysia. Aku confius dengan sikap Adam. Telah lupakah dia akan diriku setelah berada di bumi Sakura itu.

Aku mencapai laptop kesayanganku. Ku tatap gambar aku dan Adam. Gambar ni diambil sewaktu jamuan akhir tahun Form 4. Aku berbaju kurung biru dan Adam juga memakai T-shirt berwarna biru.


"Cantik Rissa pakai baju kurung warna biru ni! Sesuai dengan kulit Rissa, nampak lain dari selalu", Adam memuji. "Erm, terima kasih", balasku angkuh dan berlalu pergi. Pada ketika itu, aku masih membencinya.


Sekarang di usia 22 tahun, baju kurung itu masih kupakai ke kuliah. Aku dapat rasakan Adam bersamaku di bumi UKM ini. Aku melihat emailku. Ada message dari Iza dan Mr. Autumn in My Heart. "Siapalah gerangan Mr. Autumn ini?",hatiku tertanya-tanya. Banyak juga kata-kata nasihat yang kuterima darinya. Dan aku pula membahasakan diriku Miss Sonatagirlz. hehe.. Kadang2 terhibur gak rasa hati dengan celotehnya, macam2 dia cerita. Terlupa sekejap dengan masalah yang menimpa. Banyak juga perkara dan masalah yang kuceritakan pada dia. Dia pula tak jemu memberi dorongan dan semangat. Kalau lah Adam macam dia kan bahagia hati ni",desis hati kecilku.


Kubaca message dari Iza. Dia menanyakan perihal diriku. Semua berita tentang Adam kuperolehi dari Iza dan Iza pula perolehi dari Faez. Tak sangka pula Iza dan Faez dah bertunang. Aku harap mereka bahagia. Berita yang aku tak duga sampai juga ke halwa telingaku. Iza menelefonku minggu lepas dan mengkhabarkan Adam telah bertunang dengan pilihan keluarga.


"Huh, pilihan keluarga ke pilihan hati dia! Mana janji Adam kat Rissa dulu. Rissa benci Adam!", aku meluahkan amarahku pada Mr.Ben, teddy bear yang dikirim Adam sewaktu tahun pertamanya di sana. Lembik Mr.Ben aku lanyak, kemudian ku usap2 semula seumpama Mr.Ben tu seorang anak kecil. Setiap malam Mr.Ben jadi peneman tidurku.


"Aku sihat lagi Iza. Ko jangan risau, aku tak taruh harapan pun pada Adam. So, jangan risau tau. Aku pun sekarang dah ada teman istimewa, Syam nama dia. Hehe. Ko jangan gaduh-gaduh dengan Faez, nanti dia bosan n cari orang lain. Merana plak kawan aku sorang ni..huuu, Take care tau n kim salam kat Faez. Tak sabar nak jumpa ko n Faez, cepat-cepat balik Malaysia tau!"- Rissa-


Email tu aku kirim pada Iza. "Terima kasih Iza, still ambil berat soalku dan Adam. Maaf aku tipu ko. Aku sayang Adam, tiada siapa boleh ganti diri dia", ujarku perlahan dan air mata ini mengalir lagi. Aku mencapai Al-Quran pemberian Adam dahulu dan membacanya. Lia hanya memerhatikan aku. Rasanya dia dah masak dengan sikapku ini dan membiarkan saja aku melepaskan sakit di hati dengan cara ini.


........................................................................................................................................................................



Syam : Salam.Lieya, Rissa tengah watpe tu?
Lieya : Wslm. Awak rasa dia tengah watpe?
Syam: Ishk, saya tanye awak, awak tnye sy smule.Mne la sy tahu. Dia tengah wtpe?
Dia xon9 ke? xde pon ni.
Lieya: Hehe=) Dia tengah solat tu. Tak tahu la sy, dia on9 ke x..Awak call la dia jap lg.
Syam: Ala awak ni. Mcm x tau lak. Sy kol jrg sgt dia nk angkt. Sms lgsg tak reply. Awk tlg la sy.
Lieya: Maafla Syam. Kalau tlg smpaikn pesan awk bleh la. Lebih2 sy xbrani.
Syam: Ok2, tlg pesan kt Rissa sy nk jmpe dia esok kat PTSL ye. Kul 2ptg. Thanx ea lia.
Lieya: Orait.



"Rissa, Syam nak jumpa awak esok kat library kul 2ptg. Papehal nanti dia sms awak", pesan Lia. Aku hanya mengangguk. "Hai, kenapa la budak kecik ni nak jumpa aku. Nak suruh aku ajar @ lebih tepat buatkan assigment dia la tuh. Dah la lain course, jenuh plak nak cari info dalam internet. Dah nak msuk 2nd year pun nak suruh aku tolong lagi. Fuh!",aku merungut dalam hati. Kalau la tidak kerana aku terhutang budi dengan budak tu, malas rasa hati ni nak pergi jumpa dia. Kadang2 rimas sangat dengan sikap dia tu, tak jemu2 minta aku ni jadi kekasih hati dia. Tapi ada satu persamaan antara dia dan Adam yang membuatkan aku takut nak terlalu rapat dengan dia. Mata.Yup, setiap kali tengok mata Syam ni mengingatkan aku pada Adam.

"Ok, esok jumpa kat library kul 2ptg. Jangan lambat! Akak tunggu sampai pukul 2.10 je."- Rissa-

Aku membalas message Syam.


"Baik Rissa. Pukul 1.30 Syam dah ada kat sane.Gud Nite my girl=)"-Syam-

Ishk budak kecik nih. Tak abes2. Aku melihat diari kecilku. Hurm, hanya ada satu kelas di sebelah pagi. Assignment telah kusiapkan, tinggal hantar di bilik Prof. Baharuddin je selepas kelas esok. Aku mengemaskan barang2 yang agak berselerak di mejaku. Lia tengah tekun menulis blog kehidupannya. Aku kagum dengan sikap rakan sebilikku ini, rajin belajar dan setia pada cintanya. Aku turut merasa gembira mendengar cerita cinta dia dengan tunangnya. Memang sepadan mereka berdua. Masing-masing penuh ilmu agama di dada sedangkan aku masih lagi terkial-kial mendalaminya. Lia sering memberi usrah yang berguna buatku. Ya, lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik dan sebaliknya.


"Lia, saya tido dulu ye. Awak tak mengantuk lagi ke? Esok pagi kan kita ada kelas."kataku.
"Erm, takpela. Awak tidola dulu. Saya nak hantar email pada kawan saya dulu. Sekejap lagi saya tido la", balas Lia. Aku segera menutup lampu meja dan tidur. Persoalan tentang Adam kubiarkan seketika. Bukan aku ingin melupakannya tapi aku ingin memberi ruang untuk diriku berfikir secara waras. Tidak terlalu mengikut kata hati dan nafsu. Nasihat dari Lia harus kufikirkan. Redha segala apa yang berlaku antara aku dan Adam pada waktu lepas dan jangan biarkan Adam mengingkari kata ibubapanya. "Ya Allah, berikanlah aku petunjukMu! Seandainya dia adalah milikku, satukanlah hati kami, dekatkanlah dirinya dengan diriku dan seandainya dia bukan milikku, Jauhkanlah aku dari rasa kecewa serta meminta-minta. Dan lindungilah kami dari azab api nerakaMu". Aku berdoa kepadaNya.

.........................................................................................................................................................................


"Haish, mana la budak kecik ni. Kata 1.30 dah ada kat sini. Takde pun. Dah kul 2.20 ptg", aku mendengus kasar. Aku bergegas datang ke library seusai solat zohor tadi. Dahla tak makan dari pagi dan badan pula rasa tak berapa sihat. Boleh hangin juga ni. Aku mengangkat punggung dan keluar dari library. Dari satu sudut aku nampak Syam sedang berbual mesra dengan seorang gadis. Dan gadis kecik molek tu pun tersenyum-senyum berbual mesra dengan Syam." Ya Allah, aku tunggu kat dalam, dia senang2 santai mengayat awek kat luar. Nak minta tolong tapi menyusahkan orang plak", aku merungut. Aku bergegas berjalan melintasi mereka dan berpura-pura tidak melihat Syam.

"Eh Rissa, sorry2. Awak nak pergi mana ni? Kita tak discuss lagi assignment Syam.", Syam berlari mengejarku dan memegang pergelangan tanganku. Aku menarik tanganku sekuat mungkin."Eh Syam, lepaslah tangan akak ni. Ouch, sakitla.Tak baik main pegang2 camni.", aku mengaduh sakit. "Ha, brhenti pun", dia tersenyum memandangku. Aku memandangnya kembali. Mata itu.

"Rissa, bangun Rissa! Kenapa ni? Syam tak sengaja tarik tangan Rissa tadi. Bangunlah. Jangan buat Syam takut.", Syam berteleku disamping Rissa yang terbaring lemah. Orang di sekeliling memerhati adegan itu dan pak guard di situ menelefon ambulans.

..........................................................................................................................................................................


"Adam, awak dah balik. Awak datang nak jumpa saya ya. Puas saya tunggu awak Adam. Kenapa awak tak balas email saya. Kenapa awak tinggalkan saya?", Rissa meracau-racau di bilik yang serba putih itu.

"Lia, macam mana boleh jadi macam ni?", Puan Aishah sebak melihat anak kesayangannya yang meracau-racau itu. "Rissa pengsan tadi masa kat library. Lepas tu ada junior telefon saya dan beritahu Rissa masuk hospital. Doktor kata Rissa demam dan doktor ada tanya pasal sakit Rissa tadi. Dia tanya kenapa Rissa tak makan ubat tepat pada waktunya dan menyebabkan dia pengsan. Makcik, boleh saya tahu Rissa sakit apa sebenarnya?", soal Lia lembut. Puan Aishah menangis tersedu-sedan.

"Erm, Lia kena janji dengan akak jangan beritahu Rissa akak beritahu ya", terang Kak Lissa. Aku terduduk mendapat tahu penyakit Rissa itu. "Ya Allah, mengapa selama ini kamu berahsia denganku teman? Besarnya dugaan yang kamu tanggung Rissa", desis hati Lia. Lia meminta izin berlalu pergi dan memberi ruang kepada ahli keluarga Rissa untuk menemaninya. Syam merasa bersalah kerana menyebabkan Rissa pengsan dan sakit. Tapi kenapa Puan Aishah dan ahli keluarganya menangis bagaikan Rissa mahu meninggal dunia jer. Tapi tadi Lia cakap Rissa cuma demam dan pengsan sebab tak makan. Syam berjalan mundar-mandir di luar bilik wad.

Lia menelefon tunangnya, Hakim dan memberitahu perihal Rissa. Tunangnya berjanji untuk memberitahu sahabatnya di Jepun itu.

"Salam Adam. Hakim ni. Aku ada bad news untuk ko tapi aku harap ko bersabar. Rissa, dia dia..",kata Hakim tersekat-sekat.

"Wslm. Bad news? Rissa? Kenapa dengan Rissa?", soal Adam pantas. Terasa mahu gugur jantungnya mengetahui keadaan Rissa. Nama yang tidak pernah dia lupa, dan menjadi sumber inspirasinya sepanjang meneruskan pengajian di bumi Sakura ini. Adam beristighfar panjang. Bakal surinya menghidapi penyakit serius. "Rissa, sabar Rissa. Jangan tinggalkan aku pergi!", jerit hati kecil Adam. Niatnya untuk memberi kejutan pada Rissa terpaksa dibatalkan. Dia, Hakim, Lia dan Faez berpakat untuk memberi kejutan pada Rissa sekembalinya dia ke Malaysia tidak lama lagi. Tapi lain pula yang terjadi. Adam menyampaikan berita itu kepada Faez dan mereka berpakat mengambil cuti dan pulang ke Malaysia.

"Sabarlah awak. I'Allah Rissa selamat. Awak janganlah menangis begini. Susah hati saya tengok awak camni", Faez memujuk Iza. Iza sakit hati bila dia sorang saja yang tidak tahu planning mereka. "Kasihan Rissa. Awak sepatutnya beritahu saya planning giler awak ni. Saya ni teman baik Rissa. Saya tahu apa yang dia dah tanggung selama ni, sakit dia tuh.",ujar Iza geram. Faez dan Adam yang tunduk bersalah berpandangan sesama sendiri. Terkejut.

"Ko tau Rissa sakit dah lama? Bila?Kenapa tak beritahu aku", Adam bangun dan mengoncang tubuh Iza. Faez yang melihat menjadi semakin terkejut. "Adam, sabarlah. Tunang aku tu!", Faez merungkai pegangan tangan Adam. Adam meraup mukanya, sebal rasa hati. " Dia kena serang sakit tu since Form 5 lagi. Masa tu ko tengah tak baik dengan dia. Dia suruh aku rahsiakan dari semua. Aku minta maaf tak beritahu awal. Aku mahu beritahu ko semasa ko nak berangkat ke Jepun tapi Rissa tak bagi. Kalau aku beritahu ko, Rissa tak mahu berkawan dengan aku dah.",jelas Iza. "Sabarlah Adam, kita doakan Rissa selamat",Faez menepuk-nepuk belakang Adam. "Tapi ko kejam Adam, ko langsung tak berutus khabar dengan Rissa. 4 tahun Rissa tunggu email dari ko. Dia kirim email kat ko tapi ko tak reply. Dia selalu cakap dia rindu ko Adam", esak tangis Iza memecah kesunyian antara mereka. Adam menyesal. Ya, memang dia tak pernah reply msg Rissa. Sebenarnya dia hanya ingin menguji sejauh mana kasih Rissa terhadap dirinya. Tetapi dia sentiasa dekat dengan Rissa sebab ada Lia sebagai mata2nya dan dia juga menyamar sebagai Mr. Autumn in My Heart.

Dan sekarang dia sangat pasti Rissa benar2 menyintai dirinya. Setiap hari Lia mengirim email kpd tunangnya Hakim dan Hakim menyampaikan kpdnya. Tapi tidak pula Lia ceritakan tentang penyakit Rissa. Pandai betul Rissa sembunyi. Dalam masa 4 tahun ni. Dan kasih Rissa terhadap dirinya terbukti apabila setiap kali dia menegur Miss Sonatagirlz(MS) di YM pasti MS menceritakan kerinduannya terhadap Adam yakni aku. Dan aku hanya memberi nasihat dan dorongan supaya dia tidak terlalu ikutkan perasaan. Kalau ikutkan hati, memang aku ingin saja menyatakan kerinduanku kepadanya juga tapi disebabkan sikapnya yang degil mengakui perasaannya, ku pendam saja rasa rinduku. Memori lalu berputar kembali.


Mr.Autumn in My heart(MA): Salam. Hai MS..
Miss sonatagirlz(MS) : Wslm. Hai awak..
MA : Awak sihat hr ni? Macam mane study? ok x?
MS : Alhamdulillah shat. Stdy pon ok2 ajer. hehe..awak?
MA : Erm, shat tapi hati je rindu kat teman lama..stdy cm bese, great.=)
MS : Rindu kat teman lama? Hurm, samela kita. Saya pon rindu kat
teman lama, Adam. Tak tau la dia ingat sy ke tidak. =(
MA : Ala, ciannya dia. Mesti dia ingat awk punyer. Awk kan bintang hati
dia. Awak syg dia sgt2 ke?Untungnya Adam..
MS : Of course la. Syg sesangat.. sedih la awk bila dia langsung tak reply
msg sy. Geram pon ada gak. Dia mcm lupa dh jnji dia pd sy.
MA : Jgnla sedih2. Sy pon rse sedih awk ckp cmtu. hehe..Awak bcela
Al-Quran yg dia hadiahkan tu selalu.I'Allah tenangla hati awk.
Ingat Allah tau, byk2 berdoa. Ok?
MS :Erm ,baek. Eh jap, mana awak tau dia ada hadiahkan Al-Quran kt
sy?..hurm,.
MA : Lor, kan hr tu MS ade cter. Tak ingat ye.


Hampir2 bocor rahsia dia menyamar waktu tu. Dan sekarang dia berada disamping Rissa. Wajah Rissa pucat, tidak bermaya. Doktor yg merawat sedang berusaha merawat Rissa, penderma sum-sum tulang yang sesuai dicari. Peringkat terakhir setelah ubat-ubatan tidak memberikan kesan.

"Rissa, bangunla. Adam kat sini. Adam Rissa dah pulang.", bisikku ditelinga Rissa. Mata Rissa bergerak2. Dan ada air mata mengalir di tubing matanya. Rissa menangis.







0 comments: