BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, September 12, 2009

~A.D.A.M~


Seringkali aku terfikir akan adakah orang lain selain dia?
Dalam hati aku..
Sangat sukar untuk melupakan dia..
Bertemu keranaNya, berpisah juga keranaNya..
Akan adakah kisah kita selepas ini?
Atau sampai di sini sahaja..
Seringkali hati menidakkan kehadiran orang lain dalam hidupku..
kerana kenangan kita masih segar bersamaku..
Al-Quran itu pemula segala kisah kita..
Ramadhan itu Ramadhan terakhir kita bersama.
Rasa kasih yang timbul setelah rasa benci..
Rasa sayang yang hadir apabila takdir seringkali menyebelahi,
Dan rasa cinta bersemadi kerana agama yang ada padanya..

6 tahun aku menanti,
6 tahun engkau menyepi,
6 tahun juga pelbagai perkara terjadi,
Dalam 6 tahun ini juga cinta kedua mengetuk pintu hati,
Tetapi aku hanya memandang sepi,
Berpegang teguh pada janji ku sendiri,
Menidakkan rasa yang bersarang di hati,
Tidak mengendahkan kehadirannya disisi,
Walaupun petunjukNya telah ku perolehi,
Aku masih tiada kekuatan untuk semua ini,
Kerana apa yang pasti,
Aku masih keliru dengan rasa hati,
Aku masih menanti sesuatu yang x pasti..


~A.D.A.M~
-Adakah Dia Adalah Milikku-

6 tahun berlalu pergi,
Hati terasa sedih tatkala mengetahui Adam bukan milikku lagi.Sudah ada seseorang yang bertamu dihatinya. Mungkin bakal Zaujahnya barangkali, yang pasti wanita itu sekufu dengannya. Punyai fizikal yang menarik dan yang penting pegangan agama yang teguh sepertinya juga.Walaupun seringkali aku mengingatkan hati jangan terlalu bersedih, namun hati ini tidak pandai untuk menipu. Air mata tetap mengalir biarpun serebrumku menegahku berbuat demikian. Bolehkah aku hidup bersama kenanganmu lagi? Hari-hari yang aku lalui tidak seindah biasa, hambar. Mukaku amat tidak bermaya. Seorang rakan menegurku " Kenapa macam tak bersemangat ni, muka tak bermaya je"..Sakitkah aku? huhu..Hanya aku yang ada jawapannya.Aku membelek2 telefon bimbitku. Ada mesej dari kawan baikku. Ku biarkan sepi mesej itu, bukan niatku untuk tidak mengendahkannya tapi hati ini terasa sayu. Masih ada yang mengambil berat tentang diriku. Sekali lagi memori lalu membawa jiwaku pergi.

"Awak, tolong bawak kerusi saya ke kelas kita semula boleh?", Adam bertanya sambil tersengih-sengih. Aku memandangnya sekilas. Menjeling. Hati ini benci sesangat kat dia sebab peristiwa hari itu.

" Bawakla sendiri!!", balasku geram. Dia hanya tersenyum dengan jawapanku. "Senyumla lebar-lebar, aku takkan jatuh hati kat ko wahai En.Adam", hatiku berbicara sendiri. Aku melangkah ke hadapan kelas dan bersalam dengan guruku, Cik Ashikin. Memang menjadi rutin di sekolahku selepas tamat kelas, pelajar akan menyalami guru. Agar ilmu yang diperolehi lebih berkat. I'Allah. Dan kerana cikgu Sejarah kami tiada, terpaksalah join kelas lain.Selepas bersalam dengan Cik Ashikin, ku beredar ke belakang kelas dengan niat untuk membawa kerusiku kembali ke kelasku. Tapi pelik betul, kerusi aku hilang. Aku mula la buat muka nak marah ketat. "Sape plak cilok kerusi aku ni?", getus hatiku. Aku memandang ke kiri dan kanan. Izzati tersenyum-senyum dan menuding jarinya ke suatu arah. " Adam dah bawakkan sekali kerusi ko", kata Izzati sejurus selepas itu. "Huh, nak beli jiwa la tuh. Aku tak maafkan gak pasal peristiwa hari walaupun bukan salah ko wahai En.Adam!!",jeritku dalam hati. Namun ada senyuman yang terukir dibibirku tanpa hatiku sedari.