BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, October 12, 2009

~A.D.A.M 5~


Hampir2 bocor rahsia dia menyamar waktu itu. Dan sekarang dia berada di samping Rissa. Wajah Rissa pucat, tidak bermaya. Doktor yang merawat sedang berusaha merawat Rissa, penderma sumsum tulang yang sesuai dicari. Peringkat terakhir setelah ubat-ubatan tidak memberikan kesan.

"Rissa, bangunla. Adam kat sini. Adam Rissa dah pulang", bisikku di telinga Rissa. Mata Rissa bergerak2. Dan ada air mata mengalir dari tubir matanya. Rissa menangis.

..............................................................................................................................................................................

Lia menjelaskan kedudukan sebenar kepada Adam. Dan Adam bertemu Syam di luar wad yang menempatkan Rissa. Di awal pertemuan mereka semalam Adam sudah dapat mengagak mengapa Syam berada di luar wad Rissa. Adam masih ingat sewaktu berada di tingkatan 1, Syam hampir menjadi tidak siuman apabila cinta pertamanya, Fara pergi meninggalkannya. Gara-gara kedegilan Syam yang kembali mengikut rakan-rakan berlumba motor, cinta pertamanya turut nahas dalam kemalangan. Fara berlari pergi apabila pujukan dia tidak diendahkan Syam malahan dicemuh Syam dan tanpa diduga sebuah lori melanggarnya. Syam tergamam melihat kejadian yang berlaku di hadapan matanya dan sering menyalahi diri. Adam mendapat tahu cerita itu dari Maksunya sewaktu dia berkunjung ke rumah maksunya. Adam yakin Syam pasti menganggap Rissa adalah Fara kerana wajah Rissa mirip Fara. Adam harus segera menyedarkan Syam.


"Syam, abgAdam ada sesuatu yg nak dibincangkan dengan Syam. Abg harap Syam tak menganggap KakRissa lebih dari akak senior Syam. Abg dan Kak Rissa dah lama berkawan. Abg tahu Kak Rissa mirip arwah Fara tapi KakRissa bakal menjadi permaisuri hati abg", jelas Adam. Syam hanya menunduk, perasaan bersalah masih menghantui dirinya. Kelmarin, baru dia tahu penyakit sebenar Rissa dan dia berjanji untuk membantu Rissa. Dia tidak mahu Rissa pergi seperti Fara meninggalkannya. Dia tidak sanggup kehilangan orang yang disayangi buat kali kedua.

"Syam faham abang tapi Syam telah pun menyayangi kakRissa. Syam ikhlas sayang dia. Syam tak tahu KakRissa milik abg.", balas Syam kepada sepupunya itu. "Sebenarnya Syam keliru. Abg tahu Syam sayang kakRissa sebab kakRissa mirip arwah kan?Syam tak boleh camni, perkara dah lepas, biarkan ia berlalu. Syam kena bina hidup baru, cari pengganti Fara", Adam berkata tegas. Dia mengharapkan Syam faham katanya itu. Syam hanya menganggukkan kepala, tapi dia tetap sayang Rissa. Ya, Rissa bukan orang yang sama tapi dia pasti hati dia telah terpikat dengan sifat lemah lembut Rissa. Walau macam mana dia menyusahkan Rissa, Rissa masih membantu dia.

Adam membuat test untuk menderma sumsum tulangnya kepada Rissa. Dan Alhamdulillah sumsum tulangnya sesuai dan pembedahan dijalankan. "Rissa, bersabarlah sayang. Adam datang membantu Rissa, kuatkan semangat Rissa. Adam mahu jadikan Rissa ratu di hati Adam", bisik Adam sebelum mereka di bawa ke bilik pembedahan.

.........................................................................................................................................................................


6 bulan kemudian...

"Rissa, mana satu yang Rissa berkenan?Biru ke hijau?", soal Adam. Rissa hanya tersenyum. Penantiannya sudah sampai ke penghujung, Adam telah kembali ke sisinya dan lebih kurang sebulan lagi mereka bakal disatukan. Rissa bersyukur kerana kesihatannya makin pulih biar pun belum sepenuhnya."Erm, Rissa suka biru", balas Rissa pendek. Adam menjungkitkan keningnya. "Hurm, kenapa biru Rissa?", soal Adam tersenyum. Rissa pun membalasnya dengan senyuman." Sebab dulu awak pernah memuji saya. Saya mahu kelihatan cantik disamping awak sewaktu hari pernikahan kita nanti", Rissa bermonolog di dalam hati.


Selesai memilih pakaian, Adam membawa Rissa ke sebuah restaurant yang berdekatan dgn kampus Rissa. Adam memandang Rissa, sejuk hatinya melihat wajah Rissa. Sudah lama Adam tidak bertemu Rissa, hanya gambar Rissa yang diperolehi dari Faez menjadi pengubat rindunya. Rissa mendongak apabila terasa diri diperhati. Dia melihat Adam tidak jemu memandangnya. Dia tidak tahu mengapa hati kecilnya menyatakan akan ada sesuatu yang buruk akan terjadi. "Adam, kenapa Adam tengok Rissa camtu?", Rissa menyoal lembut. "Erm, takde ape2. Saje.", mata Adam menyakinkan hati Rissa. Makan tengahari mereka disulami dengan tawa gembira tapi di suatu sudut Syam diam tanpa kata. Hanya tangisan dalam hati dan doa mengiringi kebahagiaan mereka.

"Rissa, nak Adam jemput ke datang rumah mlm ni?Ummi jemput makan malam sama2 kul 8mlm.", Adam berkata sebelum Rissa keluar dari kereta Wiranya. "Takpela Adam, Rissa pergi sendiri je nanti. Lagipun Lia ada, dia boleh tolong hantarkan. Terima kasih", balasku lembut.


Aku menggosok baju kurung purple pemberian abangku sewaktu balik dari Sabah dahulu. Aku menelefon Lia, tapi baru kuingat Lia pergi bercuti di rumah tunangnya di Kelantan. Kesibukan aku menguruskan majlis nikah disamping tugasan yang bertimbun membuatkan aku tidak peka dengan keadaan sekeliling. Tidak terkejar tangan ini melakukannya. Nasib baik pensyarahku masih ada budi bicara sementelah aku masih kurang sihat. Adam pula terpaksa mengambil cuti dan selesai saja urusan pernikahan yg akan diadakan secara sederhana itu, Adam akan kembali pulang ke Jepun dan menghabiskan pengajian yg tinggal satu semester saja lagi. Aku berkira-kira ingin menelefon Adam tapi belum sempat ku menelefon, Syam telah menelefonku.

"Salam. Rissa, kat mana ni?",soal Syam."Wslm Syam. KakRissa kat hostel, tgh bersiap2 nak pergi rumah ummi. Syam pergi x?", soalku pula. "Syam pergi. Rissa nak tumpang Syam ke?", tambah Syam lagi. Aku berfikir2 jwpn yg sesuai. Takpe ke kalau aku tumpang Syam ni, nanti Adam cakap apa pula. "Takpe la Syam. Menyusahkan Syam jer. KakRissa call abgAdam je la ",pintas ku. "Eh tak payah la susahkan Adam, Syam kan lg dekat dengan Rissa. Kalau Adam nak ambil Rissa, jauh plak dia kena pusing nanti. Rissa siap sekarang k. Syam tunggu kat depan foyer kolej Rissa. K, Syam tunggu!", cepat2 Syam memutuskan talian. Alahai, macam mana ni. Aku melihat jam. Sudah hampir pukul 7.50. Terpaksalah.


"Maaf, lama tunggu", jelasku pendek seraya memakai seat belt. "Syam pun bru sampai ni",dusta Syam. Padahal lama juga dia tunggu, nasib baik Rissa sudi pergi rumah ummi dengannya. Deringan lagu ketika cinta bertasbih berbunyi, aku mengangkat panggilan dari Adam.

"Wslm Adam. Ya, Rissa otw. Tumpang Syam. Ok,jumpa jap lagi", butir percakapan yang didengari Syam. "Adam eh?", soal Syam. "Aah, dia risau akak tak sampai lagi. Sebab tengahari tadi akak cakap nak suruh Lia hantarkan", jelasku pada Syam."Owh, memangla risau. Kekasih hati. hahaha", Syam berpura-pura ketawa menutupi rasa sakit di hati.

Syam memarkir kereta tidak jauh dari rumah ummi. Kelihatan kelibat Adam di pintu menunggu Rissa. Adam melintas jalan berhati2 kerana rumah ummi Adam terletak di sebelah jalan utama. Adam memakai baju melayu hitam,segak macam dulu2. Tiada kata yang keluar, hanya senyuman dipamerkan dan Rissa perasan ada sesuatu yang tidak kena antara Adam dan Syam. Rissa membiarkan sahaja. Rissa segera meninggalkan Adam dan Syam, sambil dia ligat befikir samada Adam cemburu ke tidak. Kelihatan seperti Adam cemburu tapi takkan dengan Syam pun nak jeles. hehehe..

"Rissa, hati2!!", serentak Adam dan Syam menjerit. Rissa terpempan, suluhan cahaya kereta kelihatan. Ada seseorang menolaknya ke tepi dan dia pengsan. Kejadian yang berlaku dengan pantas. Bunyi dentuman yang agak kuat mengetarkan jantung ummi dan serentak itu pinggan yang dipegang jatuh. Cucu ummi, Alif yang melihat menjerit memanggil ummi.

Di luar, Syam mengangkat Adam ke tepi. Darah berlumuran membasahi baju melayu yang dipakai. Syam memangku Adam. Ummi dan Walid Adam terkejut melihat Adam. Ummi pengsan, dan ramai yang berkerumun melihat kemalangan yang tidak diduga itu. Di dalam ambulans Adam membisikkan sesuatu ke telinga Syam.


"Syammm, janji dgn abg. Bahagiakan Rissa..Abg tahu Syam syg Rissa...Janji ya Syam", terketar2 Adam menyuarakan hasratnya. Terasa kepalanya menyucuk2, sakit..

"Adam, kuatkan semangat. Ingat tuhan Adam, ingat Rissa. Dia perlukan Adam.", Syam menangis. Hati lelakinya tersentuh dengan kepercayaan yang diberi kepadanya. Walaupun hati dia terluka sebaik saja mendapat tahu Adam ingin bernikah dengan Rissa tetapi dia tahu Adam yang terbaik buat Rissa. Dia pasrah. Kini Adam menyuruhnya berjanji meneruskan sesuatu yang Rissa mungkin tak akan terima.





0 comments: