BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, January 7, 2010

::A.D.A.M 6::

:: Winter and Sakura::


"Syammm, janji dengan abang. Bahagiakan Rissa..Abang tahu Syam sayang Rissa...Janji ya Syam,"terketar2 Adam menyuarakan hasratnya. Terasa kepalanya menyucuk2, sakit...


"Adam, kuatkan semangat. Ingat Tuhan Adam, ingat Rissa. Dia perlukan Adam", Syam menangis. Hati lelakinya tersentuh dengan kepercayaan yang diberi kepadanya. Walaupun hati dia terluka sebaik saja mendapat tahu Adam ingin bernikah dengan Rissa tetapi dia tahu Adam yang terbaik buat Rissa. Dia pasrah. Kini Adam menyuruhnya berjanji meneruskan sesuatu yang Rissa mungkin tak akan terima.


...................................................................................................................................

Rissa berjalan menuju ke arah sebuah pokok sakura. Cahaya lampu malam menghiasi taman sakura dan diserikan lagi dengan salji yang turun. Walaupun agak dingin dan sejuk, Rissa meneruskan juga perjalanannya demi satu janji. Janjinya dengan Adam siang tadi. Mereka bertengkar dan Adam ingin berpisah dengannya tanpa memberikan sebab yang relavan. Mereka bakal bernikah tidak lama lagi tetapi tiba2 Adam memutuskan untuk berpisah. Rissa melihat sesusuk tubuh lelaki sedang berdiri membelakanginya, Adam. Adam berpaling dan tanpa suara dia memberi sesuatu kepada Rissa. Kemudian, Adam terus berlalu pergi, Rissa terpempan dan menangis. Dia mengejar Adam tapi Adam semakin hilang dari pandangan matanya. Rissa menjerit memanggil nama Adam tapi sia2..Dia terus menangis.

"Rissa, bawa mengucap sayang. Alhamdulillah, Rissa dah sedar", kata ibu. Ibu memeluk dan mencium pipiku bertalu2. Aku merasa aneh. "Di mana aku sekarang ni?", aku mencari jawapan."Ibu, kenapa ibu menangis ni? Apa dah berlaku pada Rissa?", aku menyoal ibu. Ibu hanya menggeleng2kan kepala dan mengelap juraian air mata yang bersisa di pipinya. "Rissa, err Rissa tak ingat ke apa yang berlaku malam kelmarin?", tanya ibu. Aku cuba mengingati sesuatu, kepalaku sakit. "Arghhhhh", aku mengerang kesakitan dan memegang kepala. Ibu risau melihat keadaanku lantas memanggil abah. Abah menelefon doktor. Doktor memberikan aku ubat penahan sakit dan aku terlena semula.

Adam muncul lagi dalam mimpiku. Sekali lagi dia hanya berdiam diri tetapi kali ini dia memandangku dengan senyuman lalu melambai tangan dan meninggalkan aku seorang diri di taman yang sama. Aku terjaga dari tidurku. ADAM!!

Aku berlari menuju ke ruang tamu lantas mendapatkan ibuku. "Ibu, Adam mana ibu?, tanyaku segera. Ibu dan kakLissa terkejut dengan pertanyaanku dan tetiba saja ibu menangis. "Ibu, kenapa ni ibu? Adam tak datang ke? Owh, lupa plak. Rissa dah cakap nak suruh Lia hantarkan malam ni", aku berkata sendiri. Kemudian, aku berfikir."Kenapa aku ada kat rumah ni? Bukan di kolej?", aku kebingungan lantas terduduk di sofa. Aku mencari-cari jawapan. "Rissa, akak nak cakap sesuatu ni. Rissa, sabar ye. Adam dah tiada lagi di dunia ni, dia cuba selamatkan Rissa malam kelmarin tetapi dia mengalami pendarahan di otak. Doktor tak dapat selamatkan dia. Rissa banyakkan berdoa ye.", terang Kak Lissa sambil memeluk bahuku.

Aku mencongak satu persatu kata2 Kak Lissa. ADAM SUDAH MENINGGAL DUNIA!!! "Arghh, tak mungkin!! Semua nak tipu Rissa lagi ye,"aku ketawa tetapi sejurus selepas itu air mata mengalir di tubir mataku. Ya Allah, berat sungguh dugaanMu ini. Rasa tak mampu untukku tanggung. Mengapa dia yang Kau ambil dahulu, bukan aku. Aku menangis teresak-esak.

~Rumah Adam ~

Ummi menyambut kedatanganku dengan pelukan hangatnya. Air mata mengalir lagi. Aku meminta izin ummi untuk menziarah kubur Adam. Kugagahkan diri untuk bersua dengannya walaupun kami kini sudah di alam yang berbeza. Syam menghantarku, kami hanya mendiamkan diri. Tiada perbualan yang terjadi, aku mengimbas kembali memori bersama Adam. Terlalu sedikit rasanya kenangan yang dicipta antara kami.

"Rissa, kuatkan semangat. Allah lebih sayangkan Adam", Syam memberi kata berbaur pujukan. Dia merasa terkilan dan sedih melihat keadaan Rissa. Rissa hanya menganggukkan kepala. Syam teringat janjinya terhadap Adam. Mampukah dia membahagiakan Rissa? Ummi dan walid Adam sudah mengetahui wasiat yang ditinggalkan Adam dan mereka juga berasa senang hati kalau Rissa menerima Syam sebagai pengganti. Rissa menyedekahkan surah Yasin dan doa buat Adam.

"Rissa sayang Adam sampai bila-bila. Rissa cinta Adam. Adam ingat tak Adam pernah tanya, Rissa sayang Adam tak? Ya Adam, Rissa sayang Adam sangat2, tiada siapa boleh ganti tempat Adam. Adam tunggu Rissa ya.

Bisik Rissa sebelum meninggalkan kawasan perkuburan. Hatinya sebak, dia masih tidak dapat menerima pemergian Adam.

0 comments: